MUZAKARAH PAKAR: BULI DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN KESIHATAN MENTAL

Maklumat Kursus

  • MUZAKARAH PAKAR: BULI DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN KESIHATAN MENTAL
  • 11-06-2026 Hingga 11-06-2026
  • Bilik Persidangan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
  • BUKA

Tentang Kursus

PENGENALAN

Muzakarah ini bertujuan mengupas isu buli yang semakin meruncing dalam masyarakat melalui lensa psikologi dan kesihatan mental. Fokus utama perbincangan adalah untuk memahami punca tingkah laku agresif pembuli serta kesan trauma yang mendalam terhadap mangsa dan mencari jalan penyelesaian membendung gejala ini daripada terus menular.

Perbincangan akan menekankan aspek intervensi awal dan sokongan psikososial yang diperlukan bagi menangani kitaran buli secara holistik. Selain pendekatan disiplin konvensional, program ini akan menyorot kepentingan literasi kesihatan mental, terapi tingkah laku, dan peranan empati dalam membina persekitaran yang selamat.

Muzakarah ini juga akan menilai keberkesanan polisi sedia ada di institusi pendidikan dan tempat kerja, serta melihat hubung kait antara kesejahteraan mental dengan kestabilan sosial masyarakat. Hasil daripada sesi ini dirancang untuk dijadikan input strategik bagi memperkasa kertas polisi berkaitan kesejahteraan mental negara.


OBJEKTIF

Objektif yang ingindicapai melalui penganjuran muzakarah ini adalah:

  1. Meningkatkan kefahaman peseIia mengenaiprofil psikologi pembulidan mangsa buli dalam konteks semasa.
  2. Menganalisis impak jangka panjang buli terhadap kesihatan mental individu, termasuk risiko kemurungan dan kecelaruan trauma.
  3. Membincangkan strategi intervensi yang berkesan berasaskan sains tingkah laku dan nilai-nilai murni untuk membendung gejala buli.
  4. Mencadangkan langkah praktikal bagi memperkukuh sistemsokongan kesihatan mental di sekolah dan organisasi rnelalui kerjasama pelbagai agensi.
  5. Mewujudkan kesedaran awam tentang peri pentingnya budaya empati dan keprihatinan dalam mencegah keganasan psikologi.


TENTATIF PROGRAM

8.30pg Pendaftaran dan Urus Setia

9.10pg Ucapan Perasmian

9.30pg Pembentangan: Kertas 1,"Anatomi Psikologi Pembuli: Antara Trauma Silam

dan Keinginan Berkuasa"

10.10pg Pembentangan: Kertas 2: "Luka yang Tidak Berdarah: Impak Buli terhadap

Kesihatan Mental Mangsa"

10.50pg Pembentangan: Kertas 3: "Membina Ekosistem Selamat: Pendekatan

Psikososial dan Kerangka Polisi Anti-Buli"

11.30pg Sesi Soal Jawab

12.30tgh hari Penyampaian Cendermata

1.00tgh hari Makan Tengah Hari & Bersurai



Yuran Pendaftaran

  • Percuma