Tentang Kursus
PENGENALAN
Penguasaan Bahasa Arab merupakan elemen asas dalam memahami ajaran Islam secara sahih serta mengakses sumber turath dan khazanah ilmu Islam secara langsung. Sebagai sebuah institusi yang berperanan memperkasa kefahaman Islam dalam masyarakat, IKIM mempunyai tanggungjawab strategik untuk memperluas literasi Bahasa Arab dalam kalangan warga institusi dan masyarakat umum.
OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran komunikasi lisan Bahasa Arab peserta secara praktikal, berstruktur dan berterusan demi menyokong objektif pendidikan Bahasa Arab.
TENTATIF PROGRAM
8.30 pagi
Pendaftaran & Sarapan Pagi
9.00 pagi
Modul 1 - Ta'aruf & Salam
9.30 pagi
Modul 2 - Perbualan Harian
10.15 pagi
Modul 3 - Membina Ayat Mudah
11.00 pagi
Rehat & Minum Pagi
11.15 pagi
Modul 4 - Speaking Lab
12.15 tengah hari
Modul 5 - Bahasa Arab dalam lbadah
1.00 petang
Rehat, Makan Tengah Hari & Solat
2.00 petang
Modul 6 - Frasa Harian& Kata Motivasi
2.30 petang
Modul 7 - Kuiz & Permainan Bahasa
3.00 petang
Modul 8 - Mini Role-Play Harian
4.00 petang
Tamat & Bersurai
TERMA DAN SYARAT
- Pendaftaran disahkan setelah borang pendaftaran telah dilengkapkan dan disertai bukti pembayaran.
- Bagi Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah membuat pendaftaran melalui Pesanan Tempatan (Local Order), dokumen tersebut hendaklah dikemukan pada hari pendaftaran.
- Pembatalan penyertaan perlu dimaklumkan kepada urus setia melalui pesanan emel kepada [email protected] dalam masa 5 hari bekerja sebelum program bermula, hanya 80% daripada yuran pendaftaran akan dikembalikan.
- Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan kurang daripada 5 hari bekerja sebelum program.
- Penggantian peserta diterima tanpa sebarang caj tambahan, hanya perlu maklumkan kepada urusetia.
Yuran Pendaftaran
- RM 300 (Normal)
- RM 200 (Early Bird)
- Diskaun 33.33% (5 Peserta Minima)