PERSIDANGAN PELABURAN ISLAM 2026

Maklumat Kursus

  • PERSIDANGAN PELABURAN ISLAM 2026
  • 19-05-2026 Hingga 19-05-2026
  • Dewan Persidangan, Bursa Malaysia, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur
  • TUTUP

Tentang Kursus

PENDAHULUAN


Dalam landskap ekonomi global yang tidak menentu dan kesedaran yang semakin

meningkat terhadap pelaburan patuh syariah, keperluan untuk menilai semula

peranan aset sebenar seperti emas dan perak adalah kritikal. Kedua-dua logam

berharga ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung nilai (hedge) terhadap inflasi,

malah mempunyai kepentingan sejarah yang mendalam sebagai asas kestabilan

kewangan dalam tamadun Islam. Justeru, Persidangan Pelaburan Islam 2026

dicadangkan sebagai platform utama untuk memperkukuh kefahaman dan merangka

strategi serta hala tuju pelaburan Islam berlandaskan prinsip Maqasid Syariah yang

adil, telus dan lestari.


OBJEKTIF


Objektif utama persidangan:

2.1 Membincangkan potensi emas dan perak sebagai instrumen pelaburan patuh syariah yang relevan dalam konteks ekonomi global semasa;

2.2 Mewujudkan jaringan strategik yang kukuh antara institusi kewangan Islam, penggubal dasar, dan pelabur bagi memperluas ekosistem pelaburan beretika; dan

2.3 Merumuskan cadangan dasar dan amalan terbaik bagi memperkasa pasaran emas dan perak dalam sistem kewangan Islam global.

Yuran Pendaftaran

  • Percuma