Apakah Objektif Kualiti Unit Program dan Latihan IKIM?
"Berusaha ke arah pengendalian program secara berkualiti melalui pengurusan sumber yang cekap"
Apakah Fungsi Unit Program dan Latihan IKIM?
Memberi perkhidmatan sokongan menguruskan program-program akademik dan latihan IKIM.
Apakah jenis program yang dianjurkan oleh IKIM?
IKIM menawarkan pelbagai program, termasuk yang percuma dan berbayar, di peringkat antarabangsa dan tempatan. Berikut adalah jenis-jenis program yang dianjurkan oleh IKIM: Seminar, Bengkel, Persidangan, Forum, Kursus, Muzakarah Pakar, Perbincangan meja bulat dan lain-lain. Maklumat spesifik akan dinyatakan dalam setiap hebahan program.
Siapakah yang boleh menyertai program anjuran IKIM ini?
Program ini terbuka kepada semua individu yang berminat, tanpa mengira latar belakang.
Bagaimana cara untuk mendaftar bagi menyertai program IKIM?
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web kami atau dengan menghubungi pejabat unit program di talian 603-62046201 samb. 320/321/322/323/325/326 atau melalui emel [email protected].
Adakah terdapat sebarang yuran yang perlu dibayar untuk menyertai program IKIM?
Yuran mungkin akan dikenakan bergantung kepada program. Maklumat lanjut boleh didapati di Portal Program IKIM.
Bilakah program IKIM akan diadakan?
Jadual program akan diumumkan di Portal Program IKIM dan melalui saluran media sosial IKIM dari semasa ke semasa.
Adakah penyertaan secara dalam talian atau secara fizikal?
Program boleh diadakan secara fizikal, dalam talian, atau kedua-duanya. Maklumat spesifik akan dimaklumkan di Portal Program IKIM.