Tentang Kursus
Muzakarah ini bertujuan membuka ruang perbincangan tentang pendekatan baharu dalam sistem keadilan jenayah,
iaitu penggunaan hukuman alternatif yang berteraskan pemulihan dan rehabilitasi pesalah. Perbincangan akan
menekankan konsep keadilan restoratif (restorative justice) yang memberikan peluang kepada pesalah untuk
memperbaiki diri, membaiki hubungan dengan mangsa, serta kembali menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab.
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif yang ingin dicapai melalui penganjuran muzakarah ini adalah:
1. Meningkatkan kefahaman peserta tentang konsep hukuman alternatif dalam konteks sistem keadilan
jenayah di Malaysia dan antarabangsa.
2. Menganalisis keberkesanan pendekatan pemulihan berbanding dengan hukuman konvensional dalam
membentuk pesalah yang lebih bertanggungjawab.
3. Membincangkan perspektif syariah, perundangan, dan sosial terhadap pelaksanaan hukuman alternatif
sebagai mekanisme keadilan.
4. Mencadangkan langkah-langkah praktikal untuk memperkukuh pelaksanaan hukuman alternatif di
Malaysia melalui kerjasama antara pihak berkuasa, NGO, dan komuniti.
5. Mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemulihan pesalah bagi memastikan
integrasi semula yang lebih berkesan ke dalam masyarakat.
TENTATIF PROGRAM
8.30 - 9.30 pagi
Pendaftaran dan Sarapan
9.30 - 9.35 pagi
Majlis Pembukaan dan Bacaan Doa
9.35 - 9.50 pagi
Ucapan Perasmian
YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusof bin Hj. Othman
Timbalan Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9.50 - 11.20 pagi
Pembentangan Kertas 1:
"Hukuman Alternatif dalam Kerangka Maqasid Syariah: Antara Keadilan dengan Pemulihan”
Pembentang: YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM
11.20 - 11.50 pagi
Pembentangan Kertas 2:
"Keberkesanan Program Pemulihan Berasaskan Komuniti: Analisis Empirikal dan Model Integrasi Agensi"
Pembentang: YBrs. Dr. Mohd. Al-Adib bin Samuri, Pesuruhjaya SUHAKAM
11.50 - 12.20 tengah hari
Pembentangan Kertas 3:
“Cabaran Perundangan terhadap Hukuman Alternatif: Reformasi Sistem Keadilan Jenayah”
Pembentang: Wakil JKSM/Jabatan Peguam Negara
12.20 - 1.00 tengah hari
Sesi Soal Jawab
1.00 - 1.05 tengah hari
Penyampaian Cenderamata
1.05 tengah hari
Makan Tengah Hari dan Bersurai
Yuran Pendaftaran
- Percuma