Tentang Kursus
LATAR BELAKANG PROGRAM
Hibah dan wasiat merupakan instrumen lazim yang digunakan dalam perancangan pewarisan Islam dengan ditawarkan secara sistematik oleh institusi-institusi pengurusan aset dan perkhidmatan pewarisan Islam. Selain daripada dua instrumen ini, terdapat satu lagi alternatif pengurusan harta yang masih belum diteroka secara meluas iaitu wakaf zurri. Dikenali juga sebagai wakaf ahli atau wakaf keluarga, wakaf zurri membolehkan pewakaf menyalurkan manfaat harta kepada ahli keluarga terdekat, memberikan pahala berterusan dan menjamin kebajikan mereka. Di Malaysia, wakaf zurri telahpun wujud sebelum kemerdekaan lagi. Namun, penerimaan dan pelaksanaannya pada ketika ini kurang meluas. Berdasarkan pemerhatian, wujud potensi konsep perwakafan ini dinaik taraf melalui inovasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai satu instrumen pewarisan dan bersaing dengan produk perancangan kewangan semasa di pasaran. Dalam masa yang sama akan menggalakkan lebih ramai umat Islam untuk melaksanakan wakaf zurri.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menganalisis ciri-ciri dan kelebihan wakaf zurri sebagai instrumen pewarisan Islam
- Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan konsep wakaf zurri kurang mendapat perhatian dan sambutan
Yuran Pendaftaran
- Percuma