BENGKEL TEKNIK "TERBIT BUKU SENDIRI" 2.0 SELF-PUBLISHING BOOK

Maklumat Kursus

  • BENGKEL TEKNIK "TERBIT BUKU SENDIRI" 2.0 SELF-PUBLISHING BOOK
  • 16-04-2026 Hingga 16-04-2026
  • DEWAN PERSIDANGAN, IKIM No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
  • TUTUP

Tentang Kursus

PENGENALAN

Penerbitan buku merupakan satu bidang ilmu yang memerlukan disiplin, kefahaman teknikal, serta kemahiran reka bentuk. Ramai penulis mempunyai manuskrip yang baik tetapi tidak mengetahui proses penerbitan yang betul, termasuk dari aspek etika, teknikal, dan rekabentuk. Bengkel ini dirangka untuk memberi pendedahan secara amali kepada peserta tentang anatomi penerbitan buku dan asas rekabentuk menggunakan perisian yang mudah dicapai sepert Microsoft Word.


OBJEKTIF

  1. Memberi kefahaman asas mengenai anatomi dan etika penerbitan buku.
  2. Melatih peserta menghasilkan rekabentuk buku asas hanya dengan menggunakan Microsoft Word.
  3. Membimbing peserta agar berdisiplin dalam proses penyediaan manuskrip ke arah penerbitan berkualiti.
  4. Melahirkan lebih ramai penulis dan penerbit bebas yang celik penerbitan.


TENTATIF PROGRAM


8.00 - 9.00 pg. Pendaftaran Peserta & Sarapan


9.00 - 9.10 pg. Ucapan Pembukaan Pengacara Majlis & Bacaan Doa


9.10 - 11.00 pg. Slot 1: Anatomi & Etika Penerbitan Buku


11.00 – 1.00 tgh. hari Slot 2: Rekabentuk Asas Buku dengan Microsoft Word


1.00 – 2.30 ptg. Makan Tengah Hari dan Solat Zuhur


2.30 – 4.00 ptg. Slot 3: Latihan Amali


4.00 – 4.30 ptg. Sesi 4: Semakan dan Pembetulan Bersama Fasilitator.


5.00 ptg. Sesi Tamat & Bersurai

Yuran Pendaftaran

  • RM 300 (Normal)
  • RM 150 (Early Bird)
  • Diskaun 150% (5 Peserta Minima)