Tentang Kursus
Objektif yang ingin dicapai melalui penganjuran syarahan ini adalah:
- Meningkatkan kesedaran tentang situasi terkini di Palestin serta dimensi sejarah, politik, dan kemanusiaan.
- Menjelaskan peranan umat Islam dan masyarakat antarabangsa dalam mengangkat isu Palestin pada peringkat global melalui wacana akademik dan misi kemanusiaan.
- Memberikan pendedahan tentang pengalaman dalam misi kemanusiaan yang dilaksanakan di kawasan konflik, khususnya di Gaza melalui misi pelayaran Freedom Flotilla – Just Future for Palestine pada tahun 2018.
- Memupuk semangat solidariti dan empati dalam kalangan peserta agar dapat menterjemahkannya kepada tindakan nyata, sama ada melalui advokasi, sokongan kemanusiaan, atau penyelidikan ilmiah.
- Menghasilkan jaringan kerjasama antara agensi, institusi akademik, NGO, dan masyarakat untuk memperkukuh usaha kolektif membantu serta membebaskan Palestin.
Yuran Pendaftaran
- Percuma