Tentang Kursus
PENGENALAN
Dalam landskap digital masa kini yang pesat berkembang di mana maklumat mengalir dengan sekelip mata dan platform maya menjadi pentas rujukan utama, dunia multimedia digital muncul sebagai domain yang dinamik dan transformatif. Ini adalah medan di mana kandungan menjadi utama, dan hos menjadi jambatan penting antara pencipta kandungan dan penonton. Mereka adalah teras kepada interaksi kandungan. Oleh itu, keperluan untuk menguasai kemahiran, seni, dan kehandalan menjadi hos menjadi semakin asasi. Mereka harus memiliki kemampuan untuk memikat, mendidik, dan menghibur. Seorang hos yang mahir dapat mengubah pembentangan yang membosankan menjadi perbualan yang menarik, temu ramah yang hambar menjadi perbincangan yang berkesan, dan penonton pasif menjadi komuniti yang aktif.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menyampaikan kepada peserta tentang kemahiran dan pengetahuan penting untuk cemerlang menjadi hos digital yang menarik dan efektif melalui prinsip asas pengacaraan digital, teknik penyampaian, strategi menawan audien, dan penjenamaan peribadi dalam realiti maya.
- Peserta akan memperoleh ilmu yang diperlukan untuk menarik, menyampaikan maklumat, dan menjadi inspirasi buat audien melalui pelbagai platfom digital.
- membina personaliti hos digital yang beretika, beradab, berkeyakinan kukuh dan berpengaruh yang berupaya mencipta kandungan yang memikat dan meninggalkan impak berkekalan.
Yuran Pendaftaran
- RM 300 (Normal)
- RM 200 (Early Bird)