
Tentang Kursus
Kembara Ilmiah Mesir merupakan penambahan variasi program dibawah pengendalian Unit Program dan Latihan yang bersifat rekreasi namun masih berkonsepkan pengisian ilmu dalam usaha meluaskan lagi program-program IKIM.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada." (Surah al- Hajj, ayat 46)
Melancong sebenarnya bukan sekadar berhibur, sebaliknya apabila dilakukan berlandaskan syariat agama, kelak memperoleh manfaat dan berkat Allah SWT sekali gus dianggap jihad kecil. Negara Mesir adalah sebuah negara yang sangat istimewa kerana sejarahnya telah disebutkan beberapa kali di dalam al-Quran. Selain itu, Mesir juga merupakan negara yang sarat dengan nilai sejarah yang tinggi dengan berbilang ketamadunan sejak beribu tahun yang lampau.
Daftar hari ini!
MAKLUMAT & TERMA PAKEJ
- Tiket penerbangan kelas ekonomi (KUL – CAI – KUL).
- Jadual penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
- Penginapan di hotel bertaraf 3 atau 4 bintang (bilik berkongsi dua orang).
- Pengangkutan menggunakan bas berhawa dingin sepanjang perjalanan.
- Termasuk tiket masuk ke semua lokasi lawatan yang disenaraikan.
- Makan disediakan 3 kali sehari.
- Snek dan air minuman turut disediakan semasa dalam perjalanan.
- Pakej termasuk khidmat pemandu pelancong dan pembimbing.
- Harga penuh pakej adalah RM7,990.00
- Atur cara harian tertakluk kepada keadaan semasa sepanjang perjalanan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.
TERMA BAYARAN
- Pendaftaran awal hanya memerlukan maklumat berikut: Nama, Nombor Telefon, dan Emel.
- Salinan Kad Pengenalan atau Pasport wajib dihantar semasa pendaftaran sama ada dalam bentuk PDF atau gambar digital.
- Setiap tarikh yang dibuka hanya terhad kepada 40 peserta (pax) sahaja.
- Sekiranya slot penuh, peserta boleh memilih tarikh alternatif yang masih tersedia.
- Deposit pendaftaran sebanyak RM 500.00 wajib dibayar ke akaun rasmi syarikat: MAYBANK YUSR TRAVEL & TOUR SDN. BHD. No. Akaun: 5574 1057 3078
- Bayaran kedua sebanyak 50% hendaklah dijelaskan 30 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Bayaran akhir (baki penuh) perlu diselesaikan selewat-lewatnya 20 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Semua transaksi hanya sah jika dibuat ke akaun rasmi syarikat. YUSR TRAVEL & TOUR tidak bertanggungjawab ke atas sebarang pembayaran kepada pihak ketiga.
- Pendaftaran dianggap sah apabila peserta menghantar maklumat ringkas, bayaran deposit, dan salinan IC/pasport.
- Selepas pembayaran dibuat, peserta wajib mendapatkan resit rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak syarikat.
- Tarikh tutup penyertaan sebelum 10 Oktober 2025
- Segala maklumat dan terma ini tertakluk kepada perubahan semasa dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.
UNTUK PERTANYAAN & KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
- Pn. Hjh. Mazlina Ismail : 016-2214327
- YUSR Travel & Tours (Admin) : 017-7236637
Yuran Pendaftaran
- RM 7990 (Normal)