Segala Soalan Dan Jawapan Tentang Program-Program Di IKIM Boleh Didapati Di Sini
"Berusaha ke arah pengendalian program secara berkualiti melalui pengurusan sumber yang cekap"
Memberi perkhidmatan sokongan menguruskan program-program akademik dan latihan IKIM.
IKIM menawarkan pelbagai program, termasuk yang percuma dan berbayar, di peringkat antarabangsa dan tempatan. Berikut adalah jenis-jenis program yang dianjurkan oleh IKIM: Seminar, Bengkel, Persidangan, Forum, Kursus, Muzakarah Pakar, Perbincangan meja bulat dan lain-lain. Maklumat spesifik akan dinyatakan dalam setiap hebahan program.
Program ini terbuka kepada semua individu yang berminat, tanpa mengira latar belakang.
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web kami atau dengan menghubungi pejabat unit program di talian 603-62046201 samb. 320/321/322/323/325/326 atau melalui emel [email protected].
Yuran mungkin akan dikenakan bergantung kepada program. Maklumat lanjut boleh didapati di Portal Program IKIM.
Jadual program akan diumumkan di Portal Program IKIM dan melalui saluran media sosial IKIM dari semasa ke semasa.
Program boleh diadakan secara fizikal, dalam talian, atau kedua-duanya. Maklumat spesifik akan dimaklumkan di Portal Program IKIM.