Pendaftaran Ditutup
PERSIDANGAN MEJA BULAT (PMB) BERHUBUNG DENGAN PANDANGAN ISLAM TERHADAP "BOIKOT"
BALLROOM 2, TINGKAT 6, HOTEL PREMIERA, KUALA LUMPUR.
PERCUMA
MUAT TURUN BROSUR
PENGENALAN
Sejak akhir-akhir ini ada beberapa siri kempen boikot yang digerakkan oleh umat Islam di negara kita sehingga memberi kesan yang kurang baik terhadap ekonomi orang Islam dan juga keharmonian kaum. Sehubungan itu, Pusat SYARAK dengan kerjasama Pusat EMAS berhasrat untuk menganjurkan Persidangan Meja Bulat ini bagi mendapatkan pandangan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk membuat suatu saranan yang terbaik kepada pihak berkuasa dan masyarakat Islam dalam hal berkaitan boikot ini.
OBJEKTIF BENGKEL
- Mengkaji pandangan Islam berdasakan al-Qur’an dan al-Hadith serta kaedah-kaedah fiqah dalam berhadapan dengan permasalahan boikot agar adil dan saksama.
- Meninjau kesan dan akibat terhadap sektor ekonomi umat Islam ekoran daripada boikot yang tidak berhemah.
- Mengenalpasti kaedah dan pendekatan yang sesuai dalam menzahirkan kemarahan dan ketidaksetujuan pengguna terhadap sesuatu isu melalui pendekatan “consumers’ rights” dan “consumers’ power” tetapi dalam masa yang sama tidak berlaku zalim terhadap mereka yang terbabit.
TARIKH & MASA:
27 JUN 2024 (Khamis)
2:00 Petang - 5:30 Petang
Sesi:
2024-06-27 Hingga 2024-06-27
Harga:
Harga Asal: RM 0