Pendaftaran Ditutup
BENGKEL "ISLAM DAN AMALAN PENYELIDIKAN BERETIKA"
BILIK PETRA 2, ARAS 2
RESIDENSI UTM KUALA LUMPUR, JALAN MAKTAB
RM 350
MUAT TURUN BROSUR
PENDAHULUAN
Penyelidikan ialah satu bahagian utama dalam proses pembangunan ilmu pengetahuan yang bermula daripada kertas cadangan kepada reka bentuk metodologi sehinggalah kepada proses pengutipan data dan analisis, serta penghasilan output penyelidikan seperti penulisan dan penerbitan.
Pada waktu yang sama, penyelidikan juga merupakan satu aktiviti yang berada dalam satu ekosistem kompleks yang melibatkan banyak pihak berkepentingan. Setiap pihak yang terlibat dalam ekosistem penyelidikan ini mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri. Perkembangan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) juga menuntut persiapan di pihak penyelidik untuk menghadapi cabaran etika yang dibawa oleh teknologi tersebut.
Kesemua peringkat dan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan penyelidikan perlu memberikan perhatian kepada komponen etika dalam penyelidikan. Hal ini penting bagi menjamin supaya bukan sahaja hasil penyelidikan yang dijalankan itu bermakna dan berdampak tinggi, malahan juga dijalankan dengan penuh etika dan integriti.
TARIKH & MASA:
20 Jun 2024 (9:00 pagi - 5:00 petang)
21 Jun 2024 (9:00 pagi - 1:00 tengah hari)
PEMBAYARAN:
Bayaran boleh dibuat ke akaun seperti yang berikut:
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
BANK : BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD
NO. AKAUN : 11-014-6006-3
Sesi:
2024-06-20 Hingga 2024-06-21
Harga:
Harga Asal: RM 350
Diskaun:
15% (Minima 3 Peserta)
Terma Dan Syarat
POLISI PENDAFTARAN DAN YURAN
Pendaftaran disahkan setelah slip pembayaran penuh diterima dan mesti dibuat seminggu sebelum kursus bermula.
*Bagi Kementerian / Jabatan / Agensi yang telah membuat bayaran melalui Pesanan Tempatan (Local Order), dokumen tersebut hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada hari pendaftaran. Kementerian / Jabatan / Agensi dikehendaki membuat bayaran dalam tempoh tiga minggu selepas menerima invois.
POLISI PEMBATALAN
Sebarang pembatalan yang diterima secara bertulis 5 hari bekerja sebelum program bermula, 80% daripada yuran pendaftaran akan dikembalikan. Yuran tidak dikembalikan sekiranya pembatalan dilakukan kurang daripada 5 hari bekerja. Pengganti diterima tanpa caj tambahan (Peserta yang mendaftar dan telah membayar yuran tetapi tidak menghadirkan diri, yuran tidak akan dikembalikan). Sila kirimkan bukti pembayaran bersama borang kepada :
UNIT PROGRAM DAN LATIHAN
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
NO. 2 LANGGAK TUNKU,
OFF JALAN TUANKU ABDUL HALIM,
50480 KUALA LUMPUR
TEL. : 03-6204 6320/ 321 / 322 / 323 / 325 / 326