Loading...

Pendaftaran Ditutup

PERSIDANGAN MEJA BULAT "KEFAHAMAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM KERANGKA ISLAM"

BILIK BUNGA RAYA, TINGKAT 1, AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA)

PERCUMA

PENGENALAN

Pendidikan yang mengharmonikan sains dan Islam dapat memberikan ruang kepada pelajar Muslim untuk menelusuri hubungan sains dengan agama agar dapat membentuk pandangan hidup yang berlandaskan Islam. Penerapan kefahaman tentang kreativiti dan inovasi yang menggabungkan elemen Islam dalam aktiviti harian pelajar juga akan meningkatkan daya kreativiti islami.  Ini kerana aspek kreativiti dan inovasi seharusnya dikuasai oleh semua generasi muda Islam yang mampu menyumbang peranan berharga kepada negara kelak. Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM telah melaksanakan dua kajian berkaitan tema penting tersebut iaitu 1) Kefahaman dan Penerimaan Mahasiswa Muslim Terhadap Sains dan Teknologi, dan 2) Kefahaman Tentang Kreativiti dan Inovasi dari Perspektif Islam dalam Kalangan Pelajar Muslim. Oleh itu, program persidangan ini bertujuan untuk berkongsi hasil kajian tersebut agar langkah kehadapan dapat dilaksanakan dalam usaha penerapan kefahaman sains dan teknologi serta penerapan budaya kreativiti dan inovasi Islami.


OBJEKTIF

  1. Membentangkan dapatan hasil dua kajian yang berteraskan sains dan Islam serta kreativiti dan inovasi
  2. Mengetengahkan peranan agama untuk membentuk kefahaman sains, teknologi dan inovasi dalam pendidikan generasi masa kini
  3. Membincangkan langkah kehadapan dalam usaha penerapan kefahaman sains dan teknologi serta penerapan budaya kreativiti dan inovasi Islami.

PENYELARAS:
YBRS. PN. NORKUMALA AWANG
FELOW
PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR IKIM (KIAS)

PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB:
PN. NOR HARTINI SAARI
KETUA PEGAWAI TADBIR / KETUA UNIT
UNIT PROGRAM DAN LATIHAN IKIM
(03-62046220)

PN. NURUL AMMARAH SAIDIN
SUNIT PROGRAM DAN LATIHAN IKIM
(03-62046323)

TARIKH:
6 JUN 2024 (9:00 PAGI - 12:30 TENGAH HARI)

Sesi:
2024-06-06 Hingga 2024-06-06

Harga:
Harga Asal: RM 0