Loading...

Pendaftaran Ditutup

KURSUS KEFAHAMAN DAN BIMBINGAN PENGURUSAN HARTA KELUARGA ISLAM TAHUN 2024

RUMAH KELAB PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA (PAUM)

RM 200

MUAT TURUN BROSUR

OBJEKTIF 

  1. Untuk memberi kefahaman yang betul, tepat dan secara spesifik kepada peserta terhadap aplikasi instrumen pengurusan harta seperti faraid, hibah, wasiat dan harta sepencarian secara lebih praktikal.
  2. Untuk memberi kefahaman mengenai setiap instrumen kepada peserta dan menyesuaikan pengagihan harta yang hendak dilaksanakan sesuai menurut struktur perwarisan keluarga masing-masing.
  3. Untuk membimbing peserta dalam menyediakan dokumentasi hibah dan wasiat yang sah dari segi hukum syarak dan undang-undang. Selain itu memberi kefahaman yang mendalam mengenai permohonan harta sepencarian, prosedur yang dilalui dan berkongsi tips-tips yang berguna.
  4. Memberi kefahaman kepada peserta mengenai jenis-jenis pusaka, selain memberi bimbingan kepada peserta dalam menguruskan harta pusaka keluarga mengenai prosedur yang perlu dilalui dan menjelaskan agensi-agensi tertentu yang terlibat dalam pengurusan pusaka.

Bayaran boleh dibuat ke akaun seperti yang berikut:
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
BANK : BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD
NO. AKAUN : 11-014-6006-3

POLISI PENDAFTARAN DAN YURAN:
Pendaftaran disahkan setelah slip pembayaran penuh diterima dan mesti dibuat seminggu sebelum kursus bermula.

*Bagi Kementerian / Jabatan / Agensi yang telah membuat bayaran melalui Pesanan Tempatan (Local Order), dokumen tersebut hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada hari pendaftaran. Kementerian / Jabatan / Agensi dikehendaki membuat bayaran dalam tempoh tiga minggu selepas menerima invois

POLISI PEMBATALAN:
Sebarang pembatalan yang diterima secara bertulis 5 hari bekerja sebelum program bermula, 80% daripada yuran pendaftaran akan dikembalikan. Yuran tidak dikembalikan sekiranya pembatalan dilakukan kurang daripada 5 hari bekerja. Pengganti diterima tanpa caj tambahan (Peserta yang mendaftar dan telah membayar yuran tetapi tidak menghadirkan diri, yuran tidak akan dikembalikan). Sila kirimkan bukti pembayaran bersama borang kepada :

UNIT PROGRAM DAN LATIHAN
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
NO. 2 LANGGAK TUNKU,
OFF JALAN TUANKU ABDUL HALIM,
50480 KUALA LUMPUR
TEL.: 03-6204 6320/ 321 / 322 / 323 / 325 / 326


Sesi:
2024-10-08 Hingga 2024-10-09

Harga:
Harga Asal: RM 200