PERSIDANGAN PENGURUSAN HARTA KELUARGA ISLAM 2025 (SECARA ATAS TALIAN)

Maklumat Kursus

  • PERSIDANGAN PENGURUSAN HARTA KELUARGA ISLAM 2025 (SECARA ATAS TALIAN)
  • 04-11-2025 Hingga 05-11-2025
  • SECARA ATAS TALIAN
  • BUKA

Tentang Kursus

PENDAHULUAN

Nilai harta beku (harta pusaka tidak dituntut) di Malaysia telah melebihi RM100 bilion, dengan 90% daripadanya milik orang Melayu. Isu ini berpunca daripada kurang pengetahuan tentang pengurusan harta, pertikaian waris, dan dokumentasi yang tidak lengkap. Akibatnya, harta seperti tanah, rumah, dan wang simpanan tidak dapat dimanfaatkan, sekali gus merugikan ekonomi keluarga.


Walaupun 81% umat Islam tahu tentang perkhidmatan perancangan harta seperti hibah, hanya 38% yang telah melaksanakannya.


Sebagai respons, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Serantau Pengurusan Harta Keluarga Islam 2025. Bertemakan "Memacu Transformasi Perwarisan Islam Ke Arah Sifar Harta Beku", persidangan ini bertujuan mencari penyelesaian dengan memperkasa instrumen syariah, undang-undang, dan kesedaran masyarakat untuk menangani masalah harta beku secara menyeluruh.


OBJEKTIF

Objektif utama Persidangan Serantau Pengurusan Harta Keluarga Islam 2025:


a) Memberi kefahaman yang betul dan jelas terhadap isu pengurusan harta keluarga Islam.

b) Merungkai permasalahan dan kekangan yang berlaku dari sudut perundangan termasuk konflik bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah dalam pengurusan harta orang Islam.

c) Menilai keberkesanan dan kecekapan agensi serta institusi pengurusan harta pusaka di Malaysia

d) Merangsang idea terhadap inovasi instrumen perwarisan harta keluarga Islam seperti faraid, hibah, wasiat dan harta sepencarian

e) Menghasilkan mekanisme penyelesaian dan amalan terbaik pengurusan harta keluarga Islam melalui perkongsian pengalaman negara-negara lain

Yuran Pendaftaran

  • Percuma