SEMINAR IHYA PEMIKIRAN EKONOMI PERADABAN ISLAM IQTISAD DAN TADBIR AL-MANZIL

Maklumat Kursus

  • SEMINAR IHYA PEMIKIRAN EKONOMI PERADABAN ISLAM IQTISAD DAN TADBIR AL-MANZIL
  • 18-11-2025 Hingga 19-11-2025
  • Dewan Seminar, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur
  • BUKA

Tentang Kursus

PENDAHULUAN

Ekonomi moden semakin tersasar daripada makna dan tujuannya yang hakiki apabila terpisah daripada nilai insan dan ketertiban alam. Ia telah menjadi disiplin teknikal yang berpusat kepada pertumbuhan dan keuntungan yang tidak adil. Dalam tradisi Islam, ekonomi difahami secara lebih menyeluruh sebagai tadbīr al-manzīl—yakni pengurusan kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat secara adil dan beradab demi mencapai sa‘ādah (kesejahteraan hakiki). Ia juga difahami sebagai ‘ilm al-iktisāb wa al-infāq (ilmu pemerolehan dan perbelanjaan) serta ‘ilm al-iqtiṣād (ilmu penghasilan dan pengagihan sumber secara berhemat), yang mencerminkan pandangan Islam tentang hubungan antara alam (‘ālam), manusia (insān), kebahagiaan (sa‘ādah), keadilan (‘adl) dan Tuhan.

Seminar ini bertujuan untuk memperkenalkan kembali pemikiran ekonomi peradaban Islam yang bersifat bersepadu dan bersesuaian dengan fitrah, serta memperjelas perbezaannya dengan pendekatan ekonomi sekular moden.


OBJEKTIF

a) Menjelaskan kerangka ekonomi Islam serta kesesuaian dalam konteks masa kini.

b) Membincangkan tentang gagasan atau idea-idea besar dalam tradisi keilmuan Islam berkenaan pemikiran ekonomi Islam, serta perbezaannya dengan pemikiran ekonomi

sekular Barat.

c) Membincangkan pendekatan serta cara-cara untuk menghidupkan kembali pemikiran serta institusi ekonomi Islam secara bersepadu dan menyeluruh dalam konteks

masa kini. 


Yuran Pendaftaran

  • Percuma