BENGKEL "ISLAM DAN AMALAN PENYELIDIKAN BERETIKA"

Maklumat Kursus

  • BENGKEL "ISLAM DAN AMALAN PENYELIDIKAN BERETIKA"
  • 20-06-2024 Hingga 21-06-2024
  • BILIK PETRA 2, ARAS 2 RESIDENSI UTM KUALA LUMPUR, JALAN MAKTAB
  • TUTUP

Tentang Kursus

PENDAHULUAN

Penyelidikan ialah satu bahagian utama dalam proses pembangunan ilmu pengetahuan yang bermula daripada kertas cadangan kepada reka bentuk metodologi sehinggalah kepada proses pengutipan data dan analisis, serta penghasilan output penyelidikan seperti penulisan dan penerbitan. 

Pada waktu yang sama, penyelidikan juga merupakan satu aktiviti yang berada dalam satu ekosistem kompleks yang melibatkan banyak pihak berkepentingan. Setiap pihak yang terlibat dalam ekosistem penyelidikan ini mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri. Perkembangan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) juga menuntut persiapan di pihak penyelidik untuk menghadapi cabaran etika yang dibawa oleh teknologi tersebut.

Kesemua peringkat dan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan penyelidikan perlu memberikan perhatian kepada komponen etika dalam penyelidikan. Hal ini penting bagi menjamin supaya bukan sahaja hasil penyelidikan yang dijalankan itu bermakna dan berdampak tinggi, malahan juga dijalankan dengan penuh etika dan integriti.

TARIKH & MASA:
20 Jun 2024 (9:00 pagi - 5:00 petang)
21 Jun 2024 (9:00 pagi - 1:00 tengah hari)

PEMBAYARAN:
Bayaran boleh dibuat ke akaun seperti yang berikut:

INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
BANK : BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD
NO. AKAUN : 11-014-6006-3

Yuran Pendaftaran

  • RM 350 (Normal)
  • Diskaun 15% (3 Peserta Minima)